Flood Risk Management

Advanced flood risk management systems and early warning technologies to protect communities and infrastructure.

Pengurusan Banjir
Pengurusan Banjir . Kesedaran Awam

Banjir di Malaysia:
Jenis, Punca, Kesan & Langkah Tindakan

Ringkasan infografik untuk membantu orang awam memahami corak banjir, mengenal punca utama, dan mengambil tindakan sebelum, semasa dan selepas banjir.

Jenis-Jenis Banjir di Malaysia

Kenal pasti jenis banjir untuk memahami corak kejadian dan tanda awal. Ini membantu tindakan lebih cepat dan tepat.

Sumber
Banjir Monsun

Banjir Monsun

Jenis

Banjir akibat keamatan hujan yang tinggi dan berterusan (>6 jam) pada musim monsun timur/laut/tengkujung.

Petunjuk
Lumpur, lambat surut, air sungai tinggi
Banjir Kilat

Banjir Kilat

Jenis

Banjir berlaku dan surut dalam tempoh kurang dari 6 jam disebabkan hujan yang bersifat setempat (<6 jam).

Petunjuk
Banjir mendadak, cepat surut
Banjir Pantai

Banjir Pantai

Jenis

Banjir akibat keamatan hujan yang tinggi dan kenaikan air laut semasa air pasang dan melebihi tebing sungai.

Petunjuk
Air laut pasang tinggi
Banjir Genang

Banjir Genang

Jenis

Banjir monsun, kilat atau pasang surut di kawasan rendah menyebabkan air bertakung lama.

Petunjuk
Lumpur, lambat surut, aras air sungai tinggi

Punca-Punca Banjir

Banjir biasanya berlaku akibat gabungan faktor semulajadi dan aktiviti manusia. Memahami punca membantu usaha pencegahan.

Sumber
Punca-Punca Semulajadi

Punca-Punca Semulajadi

Singkat, keamatan tinggi menyebabkan banjir kilat. Hujan lebat menyebabkan tanah bertakung.

Aktiviti Manusia

Aktiviti Manusia

Pembuangan sisa pepejal ke dalam sungai, enapan dari pembukaan tanah dan kawasan pembinaan, peningkatan kawasan tidak telap, serta halangan di dalam sungai.

Kesan-Kesan Banjir

Banjir mempunyai kesan kepada alam sekitar dan masyarakat. Walaupun ada manfaat ekologi, risiko kepada nyawa dan harta adalah tinggi.

Sumber
Kesan Positif

Kesan Positif

Mengekalkan dan memperkaya biodiversiti tertentu di dataran banjir, mengembalikan tanah kaya nutrisi sesuai untuk pertanian, membersihkan lumpur dan enapan, serta mengisi semula air bumi.

Kesan Negatif

Kesan Negatif

Mengancam nyawa, mengganggu kegiatan sosial dan ekonomi, memusnahkan harta benda, meningkatkan kos pemulihan, dan menghalang pelaburan baru di kawasan mudah banjir.

Langkah Mengurangkan Risiko Banjir

Tindakan mitigasi membantu mengurangkan kesan banjir. Ini termasuk projek tebatan, penyelesaian jangka pendek, kesiapsiagaan dan sistem ramalan.

Sumber
01

100 Projek Rancangan Tebatan Banjir

  • Bernilai RM10.53 bilion
  • Diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12
  • Sedang dilaksanakan di seluruh negara
  • Meningkatkan jumlah penduduk dilindungi & liputan kawasan terjejas
02

Penyelesaian Jangka Pendek Berimpak Tinggi Kos Rendah

  • Penyelenggaraan saliran
  • Mendalamkan sungai
  • Meninggikan benteng sungai untuk kurangkan impak banjir
03

JPS Tingkatkan Kesiapsagaan Hadapi MTL

  • 526 siren amaran
  • 284 pam
  • 203 kenderaan & 35 bot
  • 995 stesen telemetri (Semenanjung)
  • 317 stesen telemetri (Sabah, Sarawak dan Labuan)
04

Program Ramalan & Amaran Banjir Fasa 3

  • Bernilai RM450 juta
  • Melengkapkan 74 model ramalan dan amaran banjir bagi lembangan sungai utama berisiko

Langkah Persediaan Menghadapi Banjir

Rujuk langkah asas untuk kekal selamat. Pastikan anda bersedia sebelum, bertindak betul semasa, dan berjaga-jaga selepas banjir.

Sumber

Simpan dokumen penting, barang berharga ke dalam bekas kalis air

Simpan air bersih untuk kegunaan mandi & minum.

Sediakan power bank untuk kegunaan kecemasan

Sediakan peralatan kecemasan secukupnya.

Pastikan lokasi Pusat Pemindahan & Pusat Bantuan yang terdekat.

Bersiap sedia untuk berpindah (patuh arahan pihak berkuasa).