Climate Change Adaptation

Comprehensive climate adaptation strategies and solutions for water resource management in changing environmental conditions.

Kualiti Air
Web Infografik. Perubahan Iklim

Perubahan Iklim

Ringkas, visual, dan mudah difahami. Lihat bukti pemanasan global, kesan kepada Malaysia, dan langkah yang boleh kita ambil bermula hari ini.

Apa Itu Air Bawah Tanah

Air bawah tanah terbentuk apabila sebahagian air hujan meresap ke bawah permukaan bumi dan tersimpan dalam zon tepu (saturated zone) sebagai simpanan akuifer.

Rajah bumi mencair
Rajah menunjukkan hubungan kerpasan, aliran permukaan, resapan (infiltration) dan aliran air bawah tanah menuju ke laut.
Ringkasan Proses
  • Air hujan terbentuk melalui proses kondensasi air yang tersejat dari permukaan bumi dan tumbuhan.
  • Apabila hujan turun, sebahagiannya mengalir sebagai aliran permukaan ke sungai, tasik dan lautan.
  • Sebahagian lagi meresap masuk ke dalam tanah melalui liang dan rekahan batuan sehingga mencapai zon tepu.
  • Air yang terkumpul dalam zon tepu ini tersimpan sebagai simpanan air bawah tanah di dalam akuifer.
  • Air bawah tanah seterusnya boleh mengalir perlahan dan memberi imbuhan kepada sungai serta jasad air sebelum menuju ke laut.
Akuifer & Telaga Tiub

Akuifer ialah formasi geologi telap yang boleh membekalkan air kepada telaga, mata air dan jasad air. Telaga tiub dibina untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada lapisan akuifer.